BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 1, 2008

kenangan di ILIM

Thursday, October 30, 2008

ACCESS..

ACCESS


Tugasan terakhir kami pada minggu ke 14 adalah dengan membuat access. langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyediakan access adalah seperti berikut:


  • klik kepada item microsoft office access 2007.
  • setelah keluar paparan, klik blank database.
  • delete database dan taip maklumat pelajar 1,
  • klik folder di sebelah kanan, save as 2003, klik ok.
  • klik create.
  • pada table 1, klik sebelah kanan, klik save, dan taip peribadi pelajar. klik dua kali untuk taip nama, alamat dan yang berkaitan dengan peribadi pelajar.
  • table 2, taip kurikulum dan table yang ke 3, taip ko-kurikulum.
  • setelah selesai ketiga-tiga bahagian ini, saya perlu membuat relationship. klik database tool, klik relationship dan add pada ketiga-tiga item.
  • setelah itu, klik more form, klik wizard form untuk membuat borang maklumat pelajar. saya harus menyediakan 5 orang pelajar dan perlu mengisi 5 borang.
  • setelah selesai mengisi borang, saya perlu membuat query. klik query wizard, klik simple query wizard dan masukkan pertanyaan mengenai pendapatan ibu bapa, markah, ko-kurikulum dan sebagainya, klik finish.
  • seterusnya, report. untuk report, klik create, klik report wizard. Masukkan ID di Assending , klik Next, pilih Table dan pilih landscape ,klik Next dan klik Style. Klik Next dan taipkan tajuk Report, klik finish.
  • kemudian, uploadkan ke yahoo groups..









Thursday, October 23, 2008

SPSS....


BORANG KAJI SELIDIK


SPSS
merupakan tugasan yang kami perlu selesaikan dengan membuat kaji selidik kepada pelajar di dalam kelas komputer pada hari khamis. kami diminta menyediakan 5 soalan yang berkaitan dengan kelas komputer beserta dengan tahun, program dan jantina. saya telah membuat kaji selidik keatas 24 orang pelajar. berikut merupakan cara-cara untuk membuat kajian...

  • klik item SPSS yang terdapat di skrin.
  • setelah itu, masukkan tahun, program, jantina dan lima soalan 1 hingga 5 dalam variable view.
  • kemudian, isikan respon yang diperoleh dalam data view.
  • didalAm variable view, terdapat petak name, di situ mesti di tulis tahun, program, jantina dan solan 1 hingga 5.
  • di bahagian decimals menggunakan nombor 0, untuk measure, klik discreate missing values dan letakkan nombor 6 di bahagian yang tidak di jawab.
  • kemudian, dipetak values pula digunakan untuk jawapan.
  • di petak align, klik center .
  • setelah selesai di bahagian variable dan data view, saya perlu membuat analisis.
  • klik analyez. kemudian klik descriptive statistics dan pilih frequencies table.
  • kemudian klik chart dan klik pie chart, continue dan klik ok.
setelah siap data ditunjukkan dalam bentuk pie chart, saya perlu membuat
report berkenaan dengan data tersebut. saya perlu pergi kepada microsoft word, dan membuat penilaian berdasarkan pie chart dan peratusan respon daripada setiap soalan yang saya kemukakan kepada responden. saya copy paste pie chart dan masukkan dalam report untuk lebih mudah difahami.
seteTah itu, saya uploAdkan di yahoo groups untuk disemak oleh Puan Sakinah.







Friday, October 17, 2008

PEMPLET, BUKU PROGRAN &POWER POINT

Pada minggu ini pula,Puan Sakinah telah memeberi 3 tugasan kepada kami iaitu membuat pemplet, buku program dan power point. Kemudian, kami diberi pilihan tajuk mengikut program masing-masing samada pendidikan islam, pendidikan khas dan lain-lain. Saya memilih tajuk berdasarkan program pendidikan islam yang saya ambil dan tugasan saya bertajuk SOLAT.

CARA-CARA MEMBUAT PEMPLET
  • Klik microsoft word
  • klik file dan klik page setup
  • klik margin
  • klik orentasion
  • klik lanscape
  • klik ok
  • kli,k column dan pilih column tiga column
  • masukkkan isi-isi berkenaan tajuk yang dipilih.
  • setelah selesai, print out dan uploadkan ke yahoo groups.

    CARA-CARA MEMBUAT BUKU PROGRAM

  • Seperti biasa, masuk ke microsoft word
  • Klik file
  • klik PAGE SETUP, dan akan keluar paparan,
  • klik MARGIN.
  • Kemudian klik ORENTATION untuk membuat LANDSCAPE,
  • klik PAGES untuk memilih BOOK FOLD
  • klik OK.
  • Klik menu INSERT dan dapatkan PAGE NUMBERS, klik OK.

CARA-CARA MEMBUAT POWER POINT


  • Masuk Microsoft Power Point
  • Klik view
  • Klik slide master
  • masukkan isi
  • close master slide
  • klik new slide
  • klik hiperlink untuk membuat pautan
  • masukkan ke dalam cd atau uplodkan di yahoo groups




Thursday, October 16, 2008

ExcEL....

Dalam minggu yang seterusnya lagi, Pn.Sakinah mengajar kami bagaimana mahu mencipta excel. Puan Sakinah menerangkan beberapa fungsi excel kepada bakal guru seperti kami. Excel bertujuan memudahkan para guru mengira markah pelajar di sekolah mahupun pusat-pusat pengajian yang ada di Malaysia ini. Pada permulaanya, kami harus mengisi 20 nama pelajar bagi satu kelas untuk kami mencatat markah-markah para pelajar.
Langkah-langkah yang saya ambil untuk membuat excel sepertimana yang diterangkan oleh Puan Sakinah adalah seperti berikut:


1. Klik pada Microsoft Excel 2007
2. Klik Cell dan taip nama guru tingkatan , kelas, nama pelajar,senarai subjek. .
3. Buat table gred.
4. Klik formulas dan define.
5. Taip gred,klik insert function(fx) dibahagian select o category dan klik all dan pilih vlookup.
6. Isikan Value: Klik jumlah yang kita kehendaki,Table Array:Klik pada bahagian sisi petak maklumat,Col_index_min:taip No.2,Range_lookup: True
7. Klik Ok.
8. Kemudian untuk mendapatkan gred pada setiap subjek klik petak yang pertama dan tarik turun kebawah dan formula itu akan berfungsi secara automatik.
9. Kemudian ulang cara yang sama untuk memenuhi setiap kotak.
10. Klik petak yang dikehendaki
11. Klik Formular dan klik autosum
12. klik jumlah yang pertama hingga yang terakhir dan jumlah akan keluar secara automatik.
13. buat analisis menggunakan carta pai bagi menganalisis setiap markah subjek yang sudah siap di kira.


Setelah selesai mengira excel lengkap dengan carta pai, tugasan haruslah di uploadkan ke group untuk dikira markah oleh Puan Sakinah.

Tuesday, September 23, 2008

bLoGGg....

Pada minggu ini, kami telah ditugaskan untuk membuat Blog. Untuk membina Blog, paparan Google digunakan. Kami menurut setiap langkah yang diajar oleh Pn.Sakinah. Antara langkah yang perlu diambil bagi membuat blog, kami perlu mendaftar alamat g-mail dan cara untuk membina alamat g-mail adalah dengan pergi ke http://www.google.com/ . Setelah paparan keluar, klik sign up for g-mail. Seterusnya, klik create an account dan dipaparkan maklumat yang harus diisi kemudian, klik contienue. Pendaftaran berjaya. Alamat gmail yang telah saya daftar adalah haini88@gmail.com bersama dengan password 8 aksara. Setelah selesai membina g-Mail, kami meneruskan tugas kami untuk membina blog. langkah yang perlu diamabil untuk membina Blog denagn menaip http://www.google.com/. Klik more dan akan keluar item-item, klik even more dan akan keluar lagi paparan seterusnya. Kemudian, klik blogger dan seterusnya klik sign in to use dan alamat g-mail harus dimasukkan beserta pasword dan klik sign in. Paparan seterusnya akan keluar, klik sign up for Blogger dan masukkan maklumat yang diperlukan. Seterusnya lagi, klik continue dan paparan seterusnya ialah name your blog. Maklumat Blog tittle dan Blog address (url) diisi .Seterusnya klik continue dan akan keluar paparan choose a template. kami boleh memilih mana-mana template ynag ada untuk mencantikkan blog dan saya telah memilah background coklat sebagai tema blog saya.Kemudian, klik continue dan paparan yang menyatakan createyour blog has been created dan klik start blogging. Setelah selesai membina blog, kami ditugaskan untuk membuat refleksi tentang pembelajaran kami dan kami diminta untuk memberi sekurang-kurangnya lima komen dalam blog kami. Untuk menulis blog, klik start posting dan setelah siap menulis refleksi, klik publish post. Kemudian, akan keluar paparan your blog published succesfully. Untuk melihat paparan blog, klik view blog dan Puan Sakinah akan menilai setiap refleksi yang dibuat..

yAhoO gRoup....

Pada minggu seterusnya, kami ditugaskan untuk membina Yahoo Group. Tugasan ini memerlukan kerjasama daripada rakan-rakan yang lain.antara langkah-langkah yang perlu diambil bagi memulakan tugasan ini, kami perlu menaip alamat e-mail dan alamat e-mail saya adalah hainiabghani@yahoo.com. Seterusnya masuk ke laman http://www.yahoo.com/. Setelah muncul paparan, klik image dan klik group. Setelah muncul paparan seterusnya, klik sign up dan paparan untuk mengisi maklumat peribadi Yahoo Group akan keluar. Kami dikehendaki untuk mengisi butiran peribadi di ruangan yang disediakan. Setelah maklumat diisi, klik create my account dan paparan congratulation akan keluar membuktikan bahawa Yahoo Group telah berjaya didaftar .Langkah seterusnya,klik browse group untuk menentukan jenis group yang akan kita sertai. Saya telah memilih school and education dan pergi kepada college and university. Kemudian, kami diarahkan untuk meletakkan nama group dan saya telah menamakan khamisnurhaini dan setiap daripada kami perlu meletakkan hari Khamis menunjukkan kami dari kumpulan hari Khamis. Seterusnya, kami perlu mengumpul 27 alamat e-mail rakan-rakan termasuk Pn.Sakinah dan diri sendiri. Setelah itu, alamat e-mail yang diambil daripada rakan-rakan disemak samada betul atau salah dan saya perlu invite mereka menjadi members saya dengan mengisi alamat email mereka seramai 27 orang. Setelah selesai menaip alamat email, klik post untuk invite sebagai group members. Yahoo Group ini memudahkan kami untuk menghantar sebarang mesej sesama kami dengan hanya sekali tekan sahaja....

Tuesday, August 5, 2008

BloGGer...Gmail..

Pada minggu ini, kami belajar tentang BLOG. Untuk membuat blog, kami memelukan password yang mempunyai 8 angka ataupun konsonen. untuk itu, bagi yang sesiapa yang password yang mempunyai 6 angka sahaja, mestilah menukarkannya kepada lapan.
Seterusnya kami akn mendaftar gmail untuk sign in ke blog masing-masing. Tugasan setelah selesai membuat blog, kami dirahkan untuk memberi 5 komen kepada blog kawan-kawan yang lain dan seterusya membuat refleksi.....
hard working..

E-maiL...

eMaiL..



Minggu pertama pembelajaran Komputer Dalam Pendidikan, pelajaran pertama Pn.Sakinah kepada kami adalah cara-cara tentang membina E-mail. Saya dapati setiap daripada kami sudahpun mempunyai E-mail masing-masing.
Tugasan seterusnya, adalah untuk menghantar E-mail kepada rakan. Saya telah memilih Nurul Husna Mat Saari sebagai rakan tugasan. Sebelum menghantar email, kami harus memastikan setiap kami mempunyai alamat E-mail. Berikut adalah langkah-langkah menyiapkan tugasan yang diberikan,


  • masuk ke web www.yahoo.com.
  • tekan SigN in untuk dapatkan paparan untuk dimasukkan alamat E-mail dan password. saya memasukkan alamat E-mail saya hainiabghani@yahoo.com.
  • tekan SigN in untuk masuk ke paparan seterusnya.
  • rakan saya Nurul Husna mat Saari telah menghantar E-mail kepada saya dan tugas saya adalah membalas semula E-mail yang telah diterima.
  • kemudian, untuk menghantar E-mail adalah klik Compose, isikan alamat Email rakan di bahagian To dan alamat kita di bahagian Cc dan mesej ditaip di ruangan kosong yang disediakan, masukkan maklumat peribadi diri seperti: nama, no. matrik, fakulti dan program yang diambil.
  • klik Send untuk menghantar mesej.
  • seterusnya, balas semula mesej yang telah diberikan oleh rakan dengan menekan reply
  • send maklumat kepada Puan Sakinah untu dinilai.
  • untuk itu, klik forward dan send kepada Puan sakinah
  • maklumat di hantar.
Tugasan seterusnya setelah siap bahagian email, kami perlu attach file kepada Puan sakinah sebagai tugasan secara individu . berikut langkah-langkah untuk attach file.

  • 1.klik New dan paparan keluar.
  • 2.masukkan E-mail Pn. Sakinah di bahagian To dan Cc adalah untuk alamat sendiri.
  • 3.Kemudian, klik icon Attach dan masukkan maklumat serta gambar yang diperlukan dan seterusnya klik browse.


Tugasan selesai dan kami diberikan markah masing-masing oleh Puan Sakinah.

hari raya bersama keluarga






Thursday, July 31, 2008

salam ukhwah kepada semua.....


NURHAINI BT AB GHANI
NO MATRIK A125940
KURSUS KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN


dengan ucapan semoga ukhwah yang terjalin sentiasa berpanjangan....
insyaAllah...