BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 5, 2008

BloGGer...Gmail..

Pada minggu ini, kami belajar tentang BLOG. Untuk membuat blog, kami memelukan password yang mempunyai 8 angka ataupun konsonen. untuk itu, bagi yang sesiapa yang password yang mempunyai 6 angka sahaja, mestilah menukarkannya kepada lapan.
Seterusnya kami akn mendaftar gmail untuk sign in ke blog masing-masing. Tugasan setelah selesai membuat blog, kami dirahkan untuk memberi 5 komen kepada blog kawan-kawan yang lain dan seterusya membuat refleksi.....
hard working..

E-maiL...

eMaiL..



Minggu pertama pembelajaran Komputer Dalam Pendidikan, pelajaran pertama Pn.Sakinah kepada kami adalah cara-cara tentang membina E-mail. Saya dapati setiap daripada kami sudahpun mempunyai E-mail masing-masing.
Tugasan seterusnya, adalah untuk menghantar E-mail kepada rakan. Saya telah memilih Nurul Husna Mat Saari sebagai rakan tugasan. Sebelum menghantar email, kami harus memastikan setiap kami mempunyai alamat E-mail. Berikut adalah langkah-langkah menyiapkan tugasan yang diberikan,


  • masuk ke web www.yahoo.com.
  • tekan SigN in untuk dapatkan paparan untuk dimasukkan alamat E-mail dan password. saya memasukkan alamat E-mail saya hainiabghani@yahoo.com.
  • tekan SigN in untuk masuk ke paparan seterusnya.
  • rakan saya Nurul Husna mat Saari telah menghantar E-mail kepada saya dan tugas saya adalah membalas semula E-mail yang telah diterima.
  • kemudian, untuk menghantar E-mail adalah klik Compose, isikan alamat Email rakan di bahagian To dan alamat kita di bahagian Cc dan mesej ditaip di ruangan kosong yang disediakan, masukkan maklumat peribadi diri seperti: nama, no. matrik, fakulti dan program yang diambil.
  • klik Send untuk menghantar mesej.
  • seterusnya, balas semula mesej yang telah diberikan oleh rakan dengan menekan reply
  • send maklumat kepada Puan Sakinah untu dinilai.
  • untuk itu, klik forward dan send kepada Puan sakinah
  • maklumat di hantar.
Tugasan seterusnya setelah siap bahagian email, kami perlu attach file kepada Puan sakinah sebagai tugasan secara individu . berikut langkah-langkah untuk attach file.

  • 1.klik New dan paparan keluar.
  • 2.masukkan E-mail Pn. Sakinah di bahagian To dan Cc adalah untuk alamat sendiri.
  • 3.Kemudian, klik icon Attach dan masukkan maklumat serta gambar yang diperlukan dan seterusnya klik browse.


Tugasan selesai dan kami diberikan markah masing-masing oleh Puan Sakinah.

hari raya bersama keluarga